Friday, 14 July 2017

CGPA MACAM SAMPAH..PHUII! KO RASA BOLEH HIDUP KE LEPAS GRAD? APA BRO NI CITE MEMANG PADU !


Aku bekas graduan, major dalam mechanical. Aku grade dgn CGPA 2.1 something (lupa). Aku rajin tapi mungkin tuhan tidak mengurniakan aku rezeki dalam akademik.
Bila kamu grade, 1st benda yang susah untuk hadap orang yg CGPA sampah ni adalah kawan2. Bila ada reunion (dulu tiada wassap) seorang demi seorang bercerita mengenai karier mereka yang hebat2 sambil bersembang mengenai gaji, elaun, travel.
Majoriti kawan aku ex uniten adalah dari petronas, shell, mmc, scomi, slumberjer, halliburton & etc. Pendek kata lebih kepada duniawi bila bersembang.
Aku pulak bekerja di ah chai engineering di kajang post as a project engineer tapi hari2 bawa bangla, nepal naik van pergi site. So bila reunion tu aku tidak tahu nak bercakap apa hanya mendengar & tidak merasa apa yg mereka rasa.
Betul2 my life is fuckup. GF aku masa tu disailang oleh kawan aku juga. Lagi aku sakit jiwa.
Aku cuba minta kerja ditempat lain tapi mungkin tidak diterima dIsebabkan CGPA. So yang layak untuk aku syarikat kecil2 yang gajinya tidak besar & kekadang gaji tertangguh sampai 2 bulan.
Bos aku seorang chinese & betul perangai macam setan. Aku dimaki boleh dikatakan hari2. Cibai, stupid whatever memang makanan aku.
Aku pula terpaksa menahan diri, tahan punya tahan sudah 5 tahun aku dengannya. Satu yang aku suka kepada bos aku dia banyak ilmu & selalu mengajar.
Akhirnya aku resign dari kompeni tu. Aku dapat offer dengan satu syarikat yang besar juga not based on my CGPA but because of my experience.
Bila aku bekerja di kompeni yg besar ni, baru aku sedar yg selama ni, 5 tahun aku bekerja ni rupanya multitasking & bila aku bekerja di kompeni international ni rupanya lagi senang. Dari procurement, management, safety, engineering semuanya aku boleh handle.
Bila aku nampak potensi diri aku, aku bekerja di kompeni tersebut tidak lama & selepas itu aku banyak bertukar kerja. Setakat offer dari client tu aku bangkulsampahkan.
So dari O&G aku dapat merasa gaji yang betul lumayan. Tapi ini sebelum krisis minyak dunia.
Walaupun krisis minyak dunia yg begitu meruncing, aku masih lagi ada kerja adalah daripada rezeki Tuhan melalui skill yg aku ada berpunca drpd multitasking work from my 1st job.
Dan bila krisis minyak dunia ini, aku melihat sahabat2 yang bila mereka grade, mereka bermula dengan client (tidak semua) menghadapi kesukaran untuk survive apabila surat VSS diatas meja mereka.
Mungkin disebabkan mereka bermula dengan kesenangan bukannya kepayahan diawal karier mereka.
So krisis or tidak bagi aku sama sahaja. Aku survive dengan skill. Sekarang plan aku ingin bersara muda dalam 5 tahun lagi. Aku harap tidak terkeluar dari plan aku. Stay low & humble
So kepada student yang kecewa dengan result exam. Jangan rasa tertekan. Masa jadi student ni U all main banyak2, jangan terlalu menjadi ulat buku, kena happy selalu, banyak join aktiviti persatuan.
U will be miss your student life when you start your life in carrier world. World of shit & hypocrite.
Lupa aku hendak pesan. Dalam engineering. Apa yang kamu belajar dalam 4/5 tahun ini kemungkinan hanya terpakai dalam 2 muka surat saja punya knowledge.
Dan kamu jangan terkejut jika kamu grade dalam electrical tapi kamu bekerja dalam bidang civil. Kamu grade dalam IT tapi jadi procurement. Yang betul real & sama dengan dunia luar adalah aktiviti kamu dalam persatuan.
Minutes of meeting, cash flow club, management club, pengerusi, bendahari, finance, project management, politics in club, minta peruntukkan dengan cik din HEP untuk program club adalah sama dengan aku hadapi dialam kerjaya.
Jika kamu berjaya memegang jawatan penting dalam club itu adalah rezeki kamu untuk gain knowledge & bukannya bebanan.
Itu saja aku nak pesan kepada student. CGPA is not everything. Play a lot, u will miss it.
From ex student era 2000
Sumber: UNITEN Confession

‘Saya dah give up dengan penyewa rumah ini’



Lagu Symphony by Zara Larsson bergema di telefon bimbit cap ayam saya. Cepat-cepat saya tengok, siapakah gerangan pemanggilnya.
“Hmmm…. tenants,” monolog hati kecil saya sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling.
Bukan apa, risau ada polis. Sudahlah tak bawa handsfree. Walaupun saya ‘Gangster Jelita’ (GJ), tapi saya belum cukup kebal dengan undang-undang.
Penyewa A: “Anne, free ke? Ada di mana? Datang ke rumah sekarang, boleh?”
Saya: “Sekarang? Kenapa? Urgent ke?”
Penyewa A: “Blaa… blaa… blaa…”
Saya: “Okey, okey. On the way ni,”
Disebabkan dalam kawasan yang berdekatan, 10 minit kemudian, sampailah saya ke rumah gadis-gadis slim melim berambut blonde itu.
“Assalamualaikum!”
Salam diberi sambil mengetuk pintu dan bermonolog sendiri, “Amboi, kecoh betul dalam rumah ni. Ada perbahasan ke apa ni?”
Sempat juga saya jeling-jeling penyewa rumah depan. Lelaki mesti masih tidur lagi pada waktu ini. Sunyi saja.
Pintu dibuka. MasyaAllah. Dah kenapa baldi, periuk, penyapu semua di ruang tamu? Bersepah-sepah, dilanda tsunami atau dilanggar todak? Terus saya berlari-lari anak ke dapur dengan gaya paling ayu. Sekali lagi rasa nak pitam.
Astagfirullah anak-anak dara sekalian, hangpa dah kenapa? Dari gaya Fasha Sandha terus bertukar menjadi Mok Cun dah ni.
SITUASI DI DAPUR
Penyewa B berada di dalam bilik air sambil mencurahkan air ke kakinya yang melecur. Menangis teresak-esak tetapi mulutnya tak berhenti memaki hamun. Sama laju dengan air paip dah, dik.
Penyewa C, seperti dirasuk hantu. Meronta-ronta sehingga terpaksa dipegang oleh penyewa yang lain. Mulutnya macam ‘machine gun’ yang memuntahkan cacian, carutan dan bermacam-macam lagi.
KEADAAN DAPUR
Binggit, takut pun ya juga tetapi saya acah-acah berani walaupun tanpa penasihat di sisi. Saya stress dan terus bertukar lagi menjadi seperti Bonnie Parker. The most famous of the female American Gangsters. Menakutkan. Hahaha!
Kaki penyewa B melecur tetapi tidak begitu serius. Jadi saya minta semua bertenang dan menceritakan dari A-Z sebelum saya up sewa untuk bulan seterusnya (terbayang-bayang handbag Coach di JPO semalam).
KESIMPULAN
1. Si penyewa A, B, D, E dan F merancang nak memasak, kemudian menjemput teman lelaki dan tunang masing-masing datang makan. Penyewa C dan G berstatus single, jadi mereka tidak turut serta.
2. Menu hari kejadian ialah asam pedas ikan, telur masin, ayam masak kicap, kari daging, sotong goreng tepung, sayur kobis dan ketam cili padi. Request dari ‘Yang Tersayang’ katanya. Sampai hati tak jemput saya sekali.
3. Disebabkan dah faham perangai mereka, jadi si C ini soundlah, “dah masak, kemas….” dan terbebellah sedikit mengenai soal kebersihan. Si C baru balik dari kursus dua minggu lalu. Tapi pada pandangan saya, memang rumah itu kotor.
4. Dari situlah punca peperangan berlaku. Entah macam mana si C terlepas gelas yang dia pegang. Sementara dia nak bersihkan serpihan kaca gelas, si B ini lalu dan terpijak kaca (kaca kecil je).
5. Si B ingatkan si C sengaja berbuat demikian, lalu dibalingnya senduk panas pada si C.
6. Si C tidak puas hati dan ditambah pula dengan panas barannya lalu menterbalikkan periuk asam pedas yang sedang mendidih lalu terkena pada kaki si B.
Perangai sangat kebudak-budakan mereka ini. Tetapi kalau tak bergaduh, maka upacara makan-makan dengan insan yang tersayang pula akan berlangsung di rumah saya. Bawa lelaki masuk ke rumah, boleh menimbulkan masalah yang lain pula nanti.
Saya bukan nak berpihak kepada sesiapa tetapi kalau saya jadi si C pun, mesti akan membebel.
Sinki: Tersumbat, dia tinggalkan begitu saja. Ayam, ketam, sotong apa semua dibasuh di bilik air.
Tandas: biar gambar berbicara sendiri.
Periuk nasi: nasi dah berlendir, masam dan berulat. Tengah menunggu giliran untuk dicuci. Selepas itu masak nasi baru. Ermm.. hilang selera bila teringat semula.
Botol minyak: berkulat, tak mampu nak cerita. Tengok gambar pun dah tahu, kan?


8 Tahun Kahwin. Siapa Sebenarnya BINI Aku Ni ?



Aku dah kawin. Usia perkahwinan aku nak dekat 8 tahun dah. Dr tiada apa2 sampaikan dah kaya raya. (Bukan nak riak tp aku nak ajak korang selami kehidupan aku kejap supaya korang boleh feel sikit story ni) Kau selalu tgk drama? Yee mmg aku ni menyampah nak mampus tgk drama pukul 7 tu. Entah terapa2 jee. Syukurlah bini aku ni pun tak pernah melayan cite2 sampah mcm tu. Sebelum kawin, aku zero. Takde pape. Aku kawin atas dasar pilihan keluarga. Bini aku, aku tak pernah jumpa. Mak dia penah bg gambar , tp gambar sekolah. 
Kau faham2 jela perempuan time sekolah mcm mana. Waktu nak merisik2 tu, mak bini aku tak pernah bagitau apa special nya anak dia. Sume biasa2 jela. Aku ingat lagi ayat mak bini aku a.k.a mak mertua aku. “Anak makcik tak special pun. Tak pandai masak. Bangun pun lambat. Kemas rumah pun jarang. Solat? Hmm tu pun ada lompong2. Kalau Syuk (bukan nama sebenar) boleh bimbing dan asuh dia, Inshaa-Allah lama2 cantik la tu perangai dia. Yelaa anak makcik rupa pun biasa2 je.” 
Dalam hati aku, “mak aku ni pun satu. Dia kata budak ni special. Ape hebatnya kalau mak dia dah buat pengakuan gini? Arghh gila! Aku pun solat tunggang langgang, rumah pun selama ni mak aku yg kemaskan. Ni kalau dua2 pengotor, mcm mana?!” Tapi mak aku setuju. Dia sudi bermenantukan ‘menantu pengotor dan buruk perangai” tu. Aku terima jela sebab aku pun bukan hensem sangat pun. Kalau nak dibandingkan dgn Aeron Aziz, aku kurang tang badan je. (Kah kah kah.) So sepanjang preparation perkahwinan, dia tak pernah keluar . Tak pernah laa aku tgk. Tp mak dia ckp, semua dia dah bagi duit. Cuma dia sibuk je dgn urusan luar. Taktau lee kerja apa minah ni sampai sibuk kalahkan PM. 
Aku malas nak tanya walaupun geram pun ada. Waktu nikah tu, dia datang lambat! Gila. Berpeluh aku tunggu kot2 dia cancel last minute ke or lari rumah ke. So bilaa dia datangg dgn berpakaian pengantin putih…… Perhhh…! Bini aku woiii. Cun gilaaa. Padahal takde mak andam. Dia balik2 terus salin and pakai lipstick cair je aku tgk tp dah berjaya goda aku. He he heee. Aku tgk tangan dia mengeletar. Dia tak angkat muka pun. Dia tunduk je. Salam pun segan2. Oh lupa. Majlis kitorang kecik je sebab tu request bini aku. Dia taknak besar2. So mmg simple.
Malam pertama, ehem2. Jangan salah sangka. Aku just nk story benda pelik pasal bini aku je. Dah masa pg td dia dah dtg lambat bagai sebab buat kerja ape ntah kt luar. So mlm tu, dia tido awl. Kau nak tau dia tido mana? Kat sofa bilik je. Bukan atas katil. Aku mula la rasa kesian. Aku nak kejut dia suh bangun tido kt katil. Tapi sebelum tu aku usha2 muka dia dulu. Cun jugak bini aku woii. Kalah nora danish ke, cat farish ke, varnish ke, bini aku mmg cun gilaaakkk! Arggh tak dapat ku ucapkan dgn kata2 nak puji bini aku ni. So tgh aku tenung2 tu, entah mcm mana dia tersedar terus melompat and menjerit. Dgn aku2 terlompat sampai terhantuk kepala aku. Dah kenapa?? 
Rupanya dia terkejut tgk aku. Dia lupa dia dah kawin. Sabar jelaa aku. Mak pak aku sume dah ketuk2 bilik sebab ingat aku buat apa ntah gan menantu kesayangan dia ni. Malu aku malam tu kena sindir. So aku malas nak cite banyak2 pasal ni. Aku cuba skip sebanyak mungkin. Tp klau panjang jugak, sorry la wehh. Sejak dah kawin, rezeki aku murah. keje biasa2 kt tgh2 panas terik, skg alhamdulillah aku dah keje dlm opis. Aku pun pelik, kelulusan aku biasa je. Aku xde lak mohon keje ni tp tiba2 dpt interview. And interview aku pun hancusss ke laut tp boleh dpt keje? Ahh rezeki lepas kawin kott… So sejak keje opis, aku xpandai sangat guna komputer. Stiap kali aku kene tegur dgn bos sb ayat aku ni banyak tertukar jd bahasa komputer la ape la. Aku mana tau nak setting bagai haram jadah tu. 
So satu hari tu aku kene handle projek. Pelik gila? Aku kuli je tp dlm tempoh singkat je aku sikit2 naik pangkat. Tapi serius keja aku mcm taikk laa. Aku stress betul guna komputer! Tp bini aku tgk je aku buat. Dia bg smngt sikit2. Esok tu ada presentation. Satu haram jadah aku tak prepare pape sb aku geram tak reti guna slide show powerpointer jadah ape aku taktau laa! 
Esoknya aku kelam kabut nak gi keje. Bini aku ni jenis cool. Semua barang2 aku dia dah sediakan. Pakaian dah iron, kasut polish, tie sume padan laa dgn warna baju. Pelik kan? Mak dia kata anak dia tak reti fesyen2 tp semua deco rumah dia yg uruskan, pakaian aku dia yg padankan tapi mmg serius segak ar kontra warna dia semua. Sampaikan jujur aku ckp, ramai budak2 ofis ada yg mengatal kt aku. Jadi dia bg laa aku bag laptop. 
Aku malas nk bawak sb tak siap kot. Dia cuma kata baca doa “Lau anzal na” utk lembutkan hati bos. Dia banyak ajar aku bab doa2 hafalan. Mak dia kata dia solat pun lompong2? Tapi setiap kali solat, dia yg bentangkan sejadah ? Dia mengaji sementara tunggu waktu. Ahh aku makin tak boleh hadam ayat mak dia dgn realiti depan mata aku ni!! 
Waktu aku nk hadap bos aku, aku baca doa yg bini aku ajar. Aku on je laptop aku tgk keje2 aku siap! Siap weh! Siapa yg habiskan?! Rumah aku ada jin keeee? So presentation aku dpt pujian. Dan aku terus dinaikkan pangkat lagi sb projek aku berjaya. Setiap kali aku cite kt bini aku, dia senyum je. Tapi waktu aku susah dlu, time aku takde duit, bini aku selalu hulur. Pelik aku. 
Dia mana keje. Mak dia ckp dia dulu belajar pun hancuss. lama2 aku rasa aku nak siasat sendiri siapa bini aku sb mak dia ckp semua mcm bertentangan. Satu hari tu aku selongkar bilik. Bini aku kat bawah tgh masak. Pasal masak kau takyah cakap. Kemainn la sedapp! Aku bukan nk puji tp dah mak dia ckp dia xreti serba serbi, so bila kau yg kawin, kau tgk semua nye tip top, so sape yg problem sebenarnya? Aku selongkar semua laci2 dia. And kau tau aku jumpa apa? Fail! Fail sijil2 bini aku. 
Terbuntang bijik mata aku. UPSR 5A, PMR 8A, SPM 11A1. Kau rasa? Belum lg tgk sijil2 dia kat U. Bini aku ni sape sebenarnya ni?! So pagi2 aku start keluar keje mcm biasa. Tp sebenarnya aku tak pegi sebab nak skodeng bini aku. Sb aku dah rasa musykil dgn bini aku sb kadang2 dia cakap fon kt rumah tp bila aku dtg, dia matikan. Yeee mmg mcm drama tp tulaa yg aku hadap.
Puas jugak aku tunggu. Takde pape pun. Aku dah mcm nak give up. Tp bila aku baru nak gerak, aku nampak kete mewah stop depan rumah aku. Aku dah panas. Tp nasib baik yg keluar dr kete tu perempuan. Aku tgk tangan2 dia penuh fail. Dia bagi fail and bini aku belek2 pastu aku nampak mcm dia tulis or sign kot. Pastu perempuan tu blah. Betambah2 stress aku! Fail ape pulak tu! Sape perempuan tadi tu?! Aku pegi ofis mmg takde mood . Habis semua aku tak kena kat mata aku. Aku tak kira! Aku nak cari sampai dpt sape bini aku tu. Balik je aku buat2 taktau. Aku tak bercakap kat bini aku tp harini dia lain. Dia happy semacam. 
Tp bila aku buat cmtu, dia diam je. Sepanjang aku kawin, belum penah lg dia bergedik2 mcm perempuan dlm drama tu yg syak wasangka kt suami kalau balik lambat ke ape ke, dia cool je. Dia buatkan air and offer nak urut aku. Tapi aku tak boleh control diri. Aku tercampak cawan kt tangan dia. Bukan dia je terkejut, aku pun terkejut! Aku tak sengaja. Aku nampak dia terkaku tp aku buat2 masuk toilet nak pegi mandi. Arghh aku tak boleh tahan! Aku kena tanya! Keluar je toilet,aku nampak dia dh landing atas katil senyum2. Aku tak kuasa dah ! Aku tarik tangan dia suh mengaku! Dia siapa sebenarnya! Aku tanya mcm2 soalan sampai dia tercengang2. Belum sempat dia bukak mulut,aku tertampar kuat muka dia. Sumpah aku betul2 tak boleh kawal diri. Otak aku serabut pikir dia tu siapa! 
Mmg kuat gilaa ar aku tampar! Kau faham2 jela kalau laki tgh mrh kalau dia tampar mcm mana. Merah pipi bini aku. Bini aku dah la putih mmg merah gila muka dia. Dia jatuh mcm dlm drama tv tu. Menahan sakit tp sikit pun dia tak bersuara mcm dia tau salah dia. Tp aku tgk baju putih tido dia tu berdarah. Kenapa pulak aku tampar atas, bawah yg berdarah??! Aku lagi stress. Stress cmpur serba salah. Aku terus angkat dia bawak pegi hospital. Rupanya bini aku mengandung! Patut dia happy! Tapi aku bercampur baur! Aku taktau nak rasa gembira atau sedih atas kehilangan anak pertama aku sebab aku! Sumpah aku taktau bini aku mengandung! Tp spnjng aku jaga bini aku, dia sikit tak marah aku. Aku kelu nak tanya benda2 kt otak aku tu. Aku ingat lg ayat dia. “Bukan salah abg. 
Kalau Allah tak izinkan, anak kita still hidup kan? So semua yg berlaku atas izin Allah. Bukan salah sesiapa. Semua berlaku ada sebab dan hikmahnya. ” Maaf aku tak dapat nk taip panjang2 sebab terkenang kes dulu. Aku sedih sangat2 bila nak cakap pasal ni . Bila orang tanya, “knp bini kau masuk hospital? Knp anak kau mati? Knp muka pipi kau nampak lebam?” Kalau aku dah ok, aku cuba sambung cerita siapa sebenarnya bini aku tu. Tapi kalau korang nak marahkan aku, dipersilakan. Aku btl2 menyesal dgn apa yg aku buat kat bini aku. Inshaa-Allah ada masa lagi aku share. Ni aku sudi taip pun sb tiba2 teringat perbuatan aku tu. 
Sorry sb ayat aku terabur. Aku punya bm bukan A pun. Kalau bini aku terbaca ke, abang mintak maaf atas segala perbuatan abang. Bukan niat abang nak lukakan hati sayang. Abang cuma terkilan kenapa sayang sembunyikan siapa diri sayang sebenarnya… Aku pendekkan cerita. Mmg aku tulis tajuk tu mcm soalan. Sb aku tertanya2 sape bini aku. Biar kau rasa mcm mana aku rasa bila otak aku serabut syak wasangka kt bini aku. Kau tak pelik ke? Mak dia ckp semua negatif pasal dia tp bila aku kawin dia mcm “sempurna” depan aku. 
Drpd aku takde pape sampai aku dah berduit. Mcm mudah gila! Aku punya kelulusan teruk wehh. Mcm mana aku boleh dpt keje gitu je dlm opis. Pastu naik pangkat satu2. Pastu bini lak buat aku lagi serabut. Mmg 8thn aku dah kawin. Sampai laa ni aku taktau dia siapa sb aku tak berani nak tanya sejak aku tampar dia. Kau faham tak? Mmg otak aku pun dah tercalit mcm otak perempuan2 yg layan cite tv3 tu. Bini aku ceo ke? Dia kaya raya ke? Eh laki, kalau kau kat tmpt aku, apa kau fikir? Aku fikir lain jer. Aku fikir dia ada laki lain ke time tgk dia pegang fon gayut2 pastu bila aku dtg dia matikan. Sebab tu tajuk aku bersoalan. Kot2 aku luahkan ni, korang sudi bantu aku. Tp hampehhh. Haree jadahh. 
Aku menyesal dgn perbuatan aku. Tp pd masa yg sama, aku sedih bini aku masih buat2 xtau. Kalau dia lebih hebat dr aku, mengaku je. Tak perlu la diam kaku nak menangkan aku dlm keluarga. Aku tau aku belajar tak tingi tp kalau da rezeki dgn bini pandai nk buat cmne. Alhamdulillah 8thn perkahwinan aku bertahan walaupun mcm2 setan jin dan kwn2 opis hasut aku. 
Tp skg aku x kemaruk sgt dh nak tau sape bini aku sb bg aku dia baik dan jaga aku dan anak2(aku dah ada 3 anak. Cukup la kot buat masa ni) Bini aku la perempuan terbaik dlm hidup aku. Makan minum pakaian aku mmg dia jaga baik. Tujuan aku cerita, bukan niat nak burukkan bini aku. Niat aku, siapa pun bini kau, cuba la terima seadanya wlaupun setan jin sume hasut ko nak ceraikan bini la pukul bini la sb soalan ko xtrjwb. tp sungguh, tula tamparan awl dn akhir aku spnjg 8thn ni. Xberni aku nk naik tgn dgn dia.
Rumah -kemas
Baju-ari2 bercuci
Makan -ari2 masak sedap
Pakaian-sentiasa berlipat dan iron
Lain2-semua tip top
Apa lg aku nak setakat jwpan siapa dia sebenarnya? Aku cite sb aku nk laki2 sana xjd mcm aku. Yg xtau hargai wanita dpn mata aku ni. Yg xtau bersyukur dan brterima kasih. Yg trlalu ikutkan hti aku smpaikan aku lukakan hti org yg dah jaga dan penuhi segala kemahuan aku. Dia letih tp xpnh ckp. Dia nk baju cntik2 tp xpnh mntk. Dia nk mkn sdp2 kt luar,tp xpnh paksa aku sb aku xbrduit dulu! Aku xmampu mewahkan dia. Tp bila setan dh kuasai aku, aku rasa aku xguna sb rasakan dia lg hbt dn penuhkan segala kekurangan aku. Bukan aku! A’ah! Aku nak wanita solehah. Aku nk perempuan cntik. Aku nk yg pndai masak. 
Semua yg baik2 aku nk tp aku xubah diri aku. Bila dh dpt, aku buat dia mcmtu. Aku mnyesl tau x?! Biarlah org nk ckp ape sb aku mmg xpnh cite mslh umah tga aku sb mmg org akn gelak. Aku tau tp xpe. Kalau btl bini aku ada smbunyikn ssuatu, suatu ari nti psti trbongkr. Cuma aku jela kena brsyukur skurg2nya dia xpnh abaikan aku dn ank2. So siapa pun bini aku, aku dh bljr trime dia seadanya.wlaupun 1 ari nti perit utk aku terima, doakan aku sbr dn xbaran mcm dulu. Sori sb buat korg stress cite aku. Klu ko rasa best sgt life mcmni, aku doakan korg dpt la jumpa bini or somi yg misteri smcm. As long dia xbuat prgai pelik,aku hrp korg still sbr dn hrungi kluarga brthn2 lma mcm aku ni.
KREDIT IIUMC.com.

KHAS UNTUK SI RABUN. DOKTOR PAKAR MATA INI DEDAH 3 TIPS SEMULA JADI PULIHKAN PENGLIHATAN



Seiring dengan teknologi perubatan kini yang semakin berkembang mengikut arus permodenan, industri perubatan telah menemui banyak solusi untuk mengembalikan penglihatan bagi induvidu yang rabun. Ini termasuklah rawatan surgeri laser seperti LASIK dan PRK yang ternyata berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat bahkan tidak menyakitkan.
Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri laser ini kerana kosnya adalah tinggi memakan lebih RM3000 hingga RM7000.
Oleh itu, sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Kalau tidak, takkanlah orang dulu-dulu boleh sembuh meskipun tiada teknologi moden kan?
Seperti yang dibincangkan dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, ini Wanista kongsikan tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. Orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk mengekalkan kesihatan mata mereka!
#1 Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas
Pelihara mata anda melalui pemakanan! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik.
Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari. Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta.
Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan.
DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula bisa menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.
#2 Lakukan Senaman Mata
Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih.
Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan!
Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.
#3 Peruntukan Waktu Rehat Mata
Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam.
Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.
Selamat mencuba!
SUMBER dari Dr. Mao Shing Ni seperti ditonton dalam siri The Dr. Oz Show

GUNAKAN MUDAH INI AGAR TANGAN DAN KAKI ANDA PUTIH SEMULAJADI (Tolong Sharekan Agar Ramai Boleh Putih)



Tangan dan kaki adalah bahagian-bahagian badan yang paling terdedah kepada sinaran UV d an pencemaran alam sekitar. Kulit di retak adalah lebih mudah dan lebih cepat. Jika a nda mempunyai lebih banyak melanin dalam badan, tangan d an kaki kulit akan mempunyai nada yang lebih gelap daripada yang lain daripada badan, untuk mengelakkan penipuan sama rata, anda boleh cuba ubat ini semula jadi dengan lemon, yang mempunyai keupayaan untuk mencerahkan warna kulit.
Lemon kaya dengan vitamin C d an antioksidan, yang mencerahkan warna kulit d an merangsang pertumbuhan sel baru. Berikut adalah cara untuk menyediakan ubat:
Bahan-bahan
Jus lemon
jus timun
serbuk penaik soda
Minyak kelapa
Secubit serbuk kunyit
GUNAKAN MUDAH INI AGAR TANGAN DAN KAKI ANDA PUTIH SEMULAJADI
Penyediaan
Campur semua bahan-bahan untuk membuat pasta – jumlah yang anda gunakan bergantung semata-mata kepada keperluan anda. Kacau sehingga anda mendapat campuran berkrim. Memohon tampal pada kaki dan tangan dan biarkan selama 20 minit, sebelum membilas dengan air. Ulangi proses selama 15 hari untuk melihat perbezaan – anda boleh mengambil sebelum dan selepas gambar untuk benar-benar melihat bagaimana paste.
Tips
Anda boleh mendapatkan pasta yang sama dengan lemon dan timun jus dicampur dengan sedikit kunyit. Prosedur ini tetap sama.
Selepas menggunakan jus lemon pada kulit anda, pastikan anda mengelakkan matahari selama beberapa jam, atau anda akan mendapat kesan sampingan.
Kredit: Sembangkencang.org

KETIKA ALIRAN DARAH HAID JANGAN SUKA AMALKAN MINUM INI AKAN MENYEBABKAN KANSER RAHIM



Haid juga merupakan suatu proses pembersihan rahim terhadap pembuluh darah kelejar-kelenjar dan sel sel yang tidak terpakai karena tidak ada pembuahan. Bagi yang sudah berkahwin umum mengetahui bahaya bersetubuh ketika sang isteri sedang haid,namun bukan hanya itu pantang larang bagi wanita haid untuk mengelak dari pada kanser rahim,pemakanan juga mempunyai peranan penting dalam hal tersebut. Berikut 4 perkara yang harus anda elakkan ketika sedang haid.


1. Jangan minum air yang mempunyai ketulan ais, air soda dan kelapa semasa haid.
2. Jangan keramas kerana pori pori kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala. (kepala dimasuki angin), sangat berbahaya kesan ini biasa dirsakan semasa muda dan semasa tua nanti.
3. Jangan makan timun semasa haid kerana getah yang ada pada timun menyebabkan sisa haid melekat di dinding rahim.
4. Selain itu, saat sedang haid, tubuh tidak boleh terluka, terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutamanya bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, dan menyebabkan rahim luka. (luka dalaman)
Ini membuktikan, minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid terkumpul pada dinding rahim, setelah 5-10 tahun dapat menyebabkan “KETUMBUHAN & KANSER RAHIM”. Tolong sebarkan info ini kepada wanita yang anda sayangi, samada isteri, kakak, adik rakan dan sesiapa sahaja yang bergelar wanita. kerana mereka la yang perlu mengetahui hal yang sangat serius ini. Kongsikan Artikel Ini!!
Kredit: OhTrending

Pasangan Baru Kahwin Tersewa Rumah Hantu



Gambar Sekadar Hiasan.
With the most patient man ever…Dulu sebelum kami berkahwin, ramai yang bertanya kenapa nak kahwin awal? Tak reti habis belajar ke? Gatal sangat ke? Tambahan, dia tidak mempunyai apa-apa pada waktu itu. Tiada kereta, motosikal pun tak ada semasa kami berkahwin. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jawapannya sebab saya sudah jumpa seorang lelaki yang sangat penyabar melayan karenah saya. Jadi, tak bolehlah lepaskan dia kan? Kah! Kah! Kah! ENGGAN BEBANKAN IBU BAPA. Bayangkan penyabar dia itu, bagi nafkah tetapi dia pun tak makan tengah hari sewaktu mula-mula berkahwin. Dulu selepas berkahwin, kitorang tidur di atas selimut sahaja. Tak ada pun bising-bising sedangkan dia pun sakit. Dalam beberapa bulan juga begitu sebab masa itu malu nak minta tolong mak ayah.
PELIK RUMAH SEWA MURAH SANGAT.Paling tak boleh blah dan moment yang paling saya ingat sangat bila kami berpindah ke sebuah rumah ini. Kami berpindah dari rumah lama sebab sewanya mahal dan yang baru ini amat murah. Bayangkan RM350 di Kuala Lumpur. Tetapi rumah itu hanya ada satu bilik sahaja. Kami pun pelik juga kenapa orang tak pernah tinggal lama di rumah itu. Yela, murah kot? Rupa-rupanya rumah kami itu adalah bekas rumah bomoh. Jadi faham-faham sajalah, haha! Kemudian jiran sendiri yang mengaku rumah itu ada dihuni oleh ‘sesuatu’. Pernah ada kejadian berlaku ketika saya sedang mengaji, songkok Syammil tiba-tiba terjatuh. Tak tahulah sama ada disebabkan oleh angin atau apa. 
Menurut jiran, ada hantu perempuan selalu menangis di depan rumah saya. Penghuni yang sebelum ini pun pernah juga terjumpa tetapi kami tak pernah pula terjumpa apa-apa. Sewaktu belajar dulu, saya tinggal di Shah Alam. Syammil duduk seorang diri. Kitorang husband and wife weekend gitu. Dia sampai nampak pocong masa duduk seorang-seorang tengah malam. Depan rumah lagi. Esoknya terus demam. Kasihan Syammil. Yang penting nak dekat dua tahun juga kitorang tinggal di rumah itu dan jiran pun kata kamilah yang paling lama menyewa. Hahaha!
Alhamdulillah sekarang saya dah bekerja dan kami juga sudah berpindah ke rumah lain. Semoga abang terus sabar melayan karenah saya yang gila-gila ini ye. Okay, penat puji. 23 haribulan, harijadi. Nak hadiah… hahaha!
Kredit: Farah Hasunah Radzi | PIXEL MEDIA