Tuesday, 11 July 2017

Kisah 'office boy' yang kini juruterbang jadi inspirasi

Kisah 'office boy' yang kini juruterbang jadi inspirasi
       Kugan kini merupakan Pegawai Pertama, telah menerbangkan        Airbus ke serata dunia.Foto/Facebook Syahril A.Kadir























     KISAH yang dikongsi ini mungkin boleh menjadi inspirasi buat sesiapa sahaja yang pernah 
     melalui kegagalan, sekaligus menjadi pengajaran bahawa usaha yang tidak mengenal putus asa
     akan membuahkan hasil satu hari nanti.


     Kugan Tangiisuran menyertai syarikat penerbangan AirAsia sebagai despatch atau dalam bahasa 
     pasarnya, budak pejabat. Namun dia punya cita-cita setinggi gunung, mahu terbang tinggi 
     di awan biru, mengendalikan pesawat sebagai juruterbang.



    Kisah Kugan pernah diceritakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony 
    Fernandes sewaktu upacara graduasi pelatih AirAsia. Ia kemudiannya diceritakan semula oleh 
    seorang pengguna Facebook yang juga bekas wartawan, Syahril A.Kadir.




    Perkongsian kisah Kugan kini viral di laman sosial, dengan ramai menyifatkan ia sebagai 
    satu pencetus semangat dan pendorong, khususnya bagi mereka yang masih tercari-cari 
    arah untuk mengejar cita-cita.


    Kugan yang kini merupakan Pegawai Pertama, dilaporkan lulus sekolah penerbangan tahun lalu, 
    dan telah menerbangkan Airbus ke serata dunia.

No comments:

Post a Comment